Pages

Thursday 12 September 2013


  
SEKOLAH KEBANGSAAN ST. MARK PERAI
LORONG TIGA, 13600 PERAI,
SEBERANG PERAI TENGAH,
PULAU PINANG
 
No. Tel / Faks : 04-3902179

MINIT CURAI

Taklimat / Mesyuarat

 

Perkara            : Bengkel Pengurusan Kokurikulum

Tarikh             : 10 September 2013

Hari                 : Selasa

Tempat            : Bilik Mesyuarat PPD SPT

Anjuran           : Pejabat Pelajaran Daerah Seberang Perai Tengah

BIL
PERKARA / ISU
CATATAN / TINDAKAN
 
   1
 
 
 
 
 
 
Ucapan alu-aluan oleh Pegawai PPD
(En. Zanusi bin Othman)
 
 
 
-        Ucapan aluan daripada Pegawai PPD.
-        PK Kokurikulum dapat merancang aktiviti sekolah dengan baik.
-        Bertujuan untuk memastikan rekod dan data diselenggarakan dengan baik.
 
 
 
2
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Pengurusan sukan di sekolah
Pegawai PPD
( Tn. Hj. Mohd Noor)
 
-        Mohon semua Penolong Kanan Kokurikulum menghantar semua pelaporan. Antaranya:
1)     Laporan Bulan Kecergasan
2)     Laporan Kem 1 Murid 1 Sukan
3)     Laporan Sukan Tahunan
4)     Laporan lain yang berkaitan.
 
-        Beliau memaklumkan akan berlakunya tambahan 4 permainan. Guru-guru yang terlibat akan dipanggil untuk mempelajari permainan ini pada bulan Oktober. Permainan yang ditambah adalah:
1)Gimnastrada
2)Gimnastik
3)Ragbi
4)Softball
 
-        Beliau mengingatkan kepada semua guru bahawa bidang sukan dan kokurikulum adalah berbeza.
 
 
 
3
 
Pengurusan Kewangan Kokurikulum
Pegawai PPD
(En. Bakri)
 
 
-        Beliau menjelaskan peruntukan kewangan perlu diagihkan dengan betul.
-        Sekolah perlu menghantar laporan data kewangan dalam bentuk ‘hard copy’ dan ‘soft copy’. Sehingga kini hanya 1 buah sekolah sahaja yang telah hantar.
-        Laporan data kewangan boleh dihantar melalui e-mail: kokoppdt@gmail.com
Beliau menjelaskan maklumat akademik tidak boleh digunakan dalam peruntukan kokurikulum contohnya: Gempur UPSR.
-        Beliau menjelaskan setiap aktiviti yang dijalankan dengan menggunakan peruntukan wang BKK perlu ada kertas kerja dan pelaporan.
 
 
4
 
Pengurusan Kokurikulum
Pegawai PPD
(En. Zanusi bin Othman)
 
-        Menjelaskan beberapa buah sekolah yang masih belum menghantar data penglibatan murid.
-        Beliau menjelaskan sekolah hanya perlu menghanta 4 laporan penting ke PPD iaitu:
a)     Data Penglibatan Murid
(Tarikh akhir 31 Julai 2013)
b)     Data Peruntukan Kewangan
(Tarikh akhir 31 Oktober 2013)
c)     Data Kehadiran Murid
(Tarikh akhir 31 Oktober 2013)
d)     Pelaporan Tahunan Kokurikulum
(Tarikh akhir 30 September 2013)
 
-        Laporan tersebut boleh dihantar melalui email:
 
-        Beliau menjelaskan sekiranya pihak sekolah telah menghantar ke PPD melalui  email, maklumbalas boleh dibuat melalui ‘letterhead’ atau kepala surat sekolah dengan memaklumkan laporan tersebut telah dihantar melalui email. Ini bertujuan untuk pengurusan fail di PPD.
 
  5
 
 
 
Pertauliahan TKRS
Pegawai PPD
(En. Bakri bin Othman)
 
-        Pertauliahan di peringkat sekolah boleh dilakukan dalam kursus LDP.
-        Pihak sekolah boleh memaklumkan kepada PPD jadual LDP dan pihak PPD akan melaksanakan kursus tersebut kepada guru-guru.
 
  6
 
 
 
Anugerah Kokurikulum
Peringkat PPD SPT
Pegawai PPD
(En. Bakri bin Othman dan Zanusi bin Othman)
 
-        Beliau juga menjelaskan Anugerah Kokurikulum akan diadakan diperingkat PPD. Semua Pen. Kanan Kokurikulum akan dilantik menjadi AJK untuk mengendalikan majlis tersebut.
-        Mesyuarat tentang Hari Anugerah Kokurikulum Peringkat PPD akan dimaklumkan nanti.
 

 

Pelapor :

 

 

 

…………………………………..                                                      Tarikh : 11 September 2013

NAZLIDA BINTI MANSOR

Setiausaha Kokurikulum

Sek. Keb. St. Mark Perai