Pages

Thursday 20 June 2013

MINIT CURAI TAKLIMAT PELUASAN TRANSFORMASI PPD DAN PENCALONAN SISC+ dan SIPARTNERS+ DAERAH SPT SIPARTNERS+ Daerah Seberang Perai



MINIT CURAI
Taklimat / Mesyuarat

Perkara            : Taklimat Peluasan Transformasi PPD dan Pencalonan SISC+ dan
                          SIPARTNERS+ Daerah Seberang Perai
Tarikh              : 19 Jun 2013
Hari                 : Rabu
Tempat            : Dewan Sek. Men. Desa Murni, Sungai Dua
Anjuran           : Pejabat Pelajaran Daerah Seberang Perai Tengah
BIL
PERKARA / ISU
CATATAN / TINDAKAN

1.






Pengenalan oleh
Guru Cemerlang
(En. Haris bin Yahya)



























Peranan SISC+ dan
SIPARTNERS

-           School Improvement Specialist Coach+ (SISC+) adalah salah satu inisiatif dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) di bawah program Transformasi Pejabat Pelajaran Daerah. SISC+ adalah pembimbing guru yang berdedikasi dan komited untuk mempertingkat kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah. Seseorang guru yang mempamer prestasi yang cemerlang serta memiliki kemahiran inter dan intrapersonal yang baik merupakan calon yang sesuai untuk mengisi jawatan ini. Pegawai yang dilantik sebagai SISC+ akan ditempatkan di PPD untuk membimbing guru mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Pada masa ini SISC+ hanya akan dilantik untuk tiga mata pelajaran yang dinyatakan sahaja.

Pada asalnya SISC+  dirancang untuk sekolah di negeri Kedah dan Sabah sahaja. Seterusnya, diperkembangkan ke semua sekolah di setiap negeri.

Program transformasi ini merupakan satu pendekatan berkoordinasi baru untuk meningkatkan prestasi sekolah dengan berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta memberi sokongan penuh kepada sekolah dan sekolah mengambil sikap bertanggungjawab.

-           Pada peringkat awal SISC+ dan SIPARTNERS+ baharu akan menjalani latihan untuk tugas-tugas baharu.

-          SISC+ yang dipilih akan diberi tugas kepada sekolah yang dipertanggungjawabkan. Bertugas sebagai pembimbing guru dan melakukan lawatan ke sekolah.

-          SIPARTNERS+  ialah seorang pembimbing kepada   
              pihak pengurusan untuk meningkatkan kualiti   
              pentadbiran di sekolah yang ingin ditingkatkan
              prestasinya.



Syarat-syarat kelayakan SISC+






















Syarat-syarat kelayakan SIPARTNERS+

1.      Guru-guru Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris atau
Matematik yang sedang berkhidmat dengan KPM.
2.      Memiliki opsyen sekurang-kurangnya peringkat
ijazah sarjana muda dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris atau Matematik.
3.      Berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun dalam gredDG41. Ex-PPLD yang tempoh perkhidmatannya setara juga layak memohon.
4.       Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang mempunyai pengalaman mengajar dan opsyen bagi mata pelajaran berkenaan juga layak memohon.
5.       Mempamer prestasi cemerlang sebagai guru mata pelajaran berkenaan.
6.      Mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang dan tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib.
7.      Menunjukkan kemahiran pengajaran yang cemerlang.
8.      Mempunyai kemahiran komunikasi dan insaniah yang baik.
9.      Bersedia untuk belajar dan mencuba cara dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran terbaru dan inovatif.


1.      Mempunyai gred DG48 dan ke atas.
2.      Mempunyai rekod prestasi yang kukuh dalam pengurusan sekolah.
3.      Mempamerkan pengalaman luas dalam tugas-tugas pentadbiran.
4.      Mempunyai kelayakan NPQEL.




Gred Jawatan SISC+

       -Gred jawatan SISC+ adalah DG44 hakiki.



Waktu bekerja

     1.Pegawai SISC+ akan bertugas mengikut waktu    
        pejabat dimana pegawai ditempatkan.
     2. Pegawai diberi kelayakan cuti mengikut pekeliling
         perkhidmatan semasa.
     3. 4 hari di sekolah dan 1 hari untuk buat data dan 
         pelaporan.




Tatacara memohon
dan tarikh tutup sebelum
15 Ogos 2013


1.      Permohonan hendaklah melalui Ketua Jabatan masing -masing.
2.      Borang permohonan boleh dimuat turun dari portal
KPM diruangan peluang kerjaya.
3.      Borang yang telah lengkap dan disahkan oleh
Ketua Jabatan hendaklah dimajukan ke Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing atau daerah yang dipohon di Unit Pengurusan Akademik.
4.      Panel PPD akan membuat saringan awal sebelum
memajukan borang permohonan yang memenuhi syarat ke JPN masing-masing.
5.      Bagi negeri yang tidak mempunyai PPD,
permohonan hendaklah dikemukakan ke Jabatan Pelajaran Negeri.
6.      Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang  
sedang berkhidmat di bahagian-bahagian KPM boleh mengemukakan permohonan ke JPN yang berkenaan melalui Ketua Jabatan masing-masing.
7.      Panel di JPN akan membuat saringan kedua
sebelum memilih PPP yang akan ditemuduga.
8.      Calon yang lulus temuduga sahaja akan dilantik
sebagai pegawai SISC+.
9.      Calon yang berjaya sahaja akan dihubungi oleh
JPN masing-masing.
10.  Keputusan panel pelantikan SISC+ adalah
muktamad.


Pelapor :


…………………………………..                                                      Tarikh : 20 Jun 2013
NAZLIDA BINTI MANSOR
Setiausaha Kokurikulum
Sek. Keb. St. Mark Perai

No comments:

Post a Comment