Pages

Friday 16 November 2012

Minit Curai: Kursus KSSR Pendidikan Moral Tahun 3

MINIT CURAI
SEKOLAH KEBANGSAAN ST. MARK PERAI
LORONG 3, 13600 PERAI
PULAU PINANG

Kepada : Guru Besar SK ST. Mark Perai
Daripada : Normalawati Binti Johari
Perkara : Kursus KSSR Pendidikan Moral Tahun 3
Tarikh : 26 – 29 September 2012
Masa : 8.00 pagi – 4.00 petang
Tempat : Dewan seminar, SMK Tinggi Bukit Mertajam

1. Latar belakang

Kurikulum Standard Sekolah Rendah telah diperkenalkan pada tahun 2011 untuk mengambil alih Kurikulum Berasaskan Sekolah Rendah. Perubahan ini adalah sejajar dengan perubahan zaman yang sedang melangkah ke dunia Teknologi Maklumat dalam semua aspek kehidupan. Kurikulum Standard Pendidikan Moral bermatlamat membentuk insan berakhlak mulia dan berintegriti yang berpegang kepada nilai universal berasaskan prinsip moral dan menyumbang ke arah kesejahteraan negara serta masyarakat global.

2. Fokus mata pelajaran terdiri daripada 3 domain iaitu penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral. Tema Pendidikan Moral Tahun 3 ialah Saya dan Sekolah yang terdiri daripada 14 nilai murni universal Kurikulum Standard Pendidikan Moral Sekolah Rendah iaitu :

    • Kepercayaan kepada Tuhan
    • Baik Hati
    • Bertanggungjawab
    • Berterima kasih
    • Hemah Tinggi
    • Hormat
    • Kasih Sayang
    • Keadilan
    • Keberanian
    • Kejujuran
    • Kerajinan
    • Kerjasama
    • Kesederhanaan
    • Toleransi

3. 3 Elemen Merentas Kurikulum tambahan ialah Kreativiti dan inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

4. Isu dan maklumat penting
  • Pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Moral mesti berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Dokumen Standard Prestasi.
  • Masa yang diperuntukkan ialah 180 minit.
  • Laman sesawang KSSR http://kssr.bpk.my
  • Penilaian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) perlu dibuat oleh guru yang mengajar mata pelajaran.
  • Surat Tawaran PBS perlu disimpan di dalam fail.
  • Pentaksiran Sumatif perlu diletakkan dalam fail showcase murid.
  • Rekod Transit perlu direkod apabila membuat pentaksiran.
  • Bahan-bahan bantu mengajar boleh diambil dari sawang www.eduwebtv.com dan kampus Astro.
  • Selain berbincang dan mendapatkan instrumen dari sesawang, guru-guru boleh mendapatkan instrumen daripada rakan-rakan dalam email.
  • Pentaksiran seperti pemerhatian, sumatif, formatif dan lisan boleh dibuat oleh guru.
  • Rancangan Pelajaran Tahunan perlu dibuat berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum.
  • Penulisan format RPH terdiri daripada 10 item. Pada bahagian refleksi, guru-guru diminta menggunakan kaedah pecahan (2/25 orang murid) atau bilangan nombor sahaja. Guru-guru tidak digalakkan menggunakan peratus.
  • Pengajaran meliputi 1 nilai dalam tempoh lebih kurang 3 minggu.
  • Guru perlu menggunakan buku teks dalam setiap pembelajaran dan pengajaran.
  • Instrumen mestilah dihasilkan oleh guru sendiri dan bukannya diciplak dari mana-mana buku rujukan.
  • Evidens murid perlu difailkan.
  • Pentaksiran harus dibuat berdasarkan Dokumen Standard Prestasi.
  • Setiap sekolah perlu menyediakan satu fail baru untuk Kes-kes Khas.

No comments:

Post a Comment