Pages

Monday 19 November 2012

MINIT CURAI KURSUS KSSR DAN PBS PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3

NAMA GURU
:  RUSLINA BINTI SAAD
PERKARA
: KURSUS  PENYEBARAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH          RENDAH (KSSR) DAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) PENDIDIKAN  ISLAM TAHUN 3 (DAERAH SEBERANG PERAI UTARA DAN TENGAH).
PENGANJUR
: SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM , JABATAN PELAJARAN PULAU PINANG.
TEMPAT
: BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI (BTPN), POKOK SENA, PULAU PINANG.
TARIKH
: 3 – 6 OKT  2012 ( RABU – SABTU )
 LAPORAN :
3 OKTOBER 2012 ( RABU )
 
MASA
 
PERKARA
 
8.00-8.30 pg
 
1. TAKLIMAT KURSUS – PENYELARAS PPD UTARA – US MOHD ZULKIFLI B TAIB
§  Taklimat perjalanan program .
 
 
8.30 – 10.00  pagi
 
2. TAKLIMAT UMUM KONSEP KSSR – US MD HAMIDI -  JU PEND ISLAM
§  Latar belakang – menuntut kepada Sistem Pendidikan Negara yang memberi penekanan kepada pembangunan modal insan , pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat dan seterusnya menghasilkan pelajar yang celik minda.
§  Teras ke 2 PIPP – membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran  serta menghayati nilai-nilai murni.
§  Transformasi kurikulum KSSR melibatkan  bahan, bentuk, organisasi, kandungan, pengurusan kurikulum, pentaksiran, pedagogi dan peruntukan masa.
§  KSSR - memfokuskan konsep 3M dan menaakul.
 
10.30 – 12.30 t/hari
 
3. DSK PEND. ISLAM TAHUN 3 – US MOHD HAFIZAL – JU PEND ISLAM
§  Merangkumi 7 modul iaitu Al Quran, Al Hadis, Aqidah, Ibadah, Sirah, Adab dan Jawi.
§  KSSR Pendidikan Islam  Tahap 1 memberi penekanan tentang kemahiran membaca dan menghafaz Al Quran, pemantapan asas-asas Aqidah, Ibadah dan Adab-adab serta menjadikan Sirah Rasulullah  sebagai iktibar dalam kehidupan.
§  Mata pelajaran Pendidikan Islam  ialah mata pelajaran teras kepada murid Islam yang wajib diajar di institusi pendidikan yang mempunyai sekurang-kurangnya  5 orang murid Islam.
§  Peruntukan waktu – 6 waktu ( SK ), dan 4 waktu di ( SJKC dan SJKT ).
 
2.30 – 4.30 ptg
 
4. KONSEP PBS UMUM DAN KHUSUS  UST NOR ‘ASHIKIN – JU PEND ISLAM
  • Pentaksiran Sekolah ialah pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa,   direkod dan dilapor oleh guru sekolah yang berkenaan.
  • Pentaksiran Sekolah (PS) adalah komponen utama dalam proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) kerana ia berperanan mengukuhkan pembelajaran murid,   meningkatkan pengajaran guru serta mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses PdP
·         REKOD TRANSIT SPPBS dan Rekod Evidens Standard Prestasi
·         Rekod yang digunakan oleh guru untuk mengisi  pencapaian evidens murid secara manual sebelum   dipindahkan ke dalam SPPBS.
SPPBS (http://apps.moe.gov.my/sppbs)
·         Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) dibangunkan bagi kemasukan prestasi murid berlandaskan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
·         Kemasukan Prestasi ke dalam SPPBS adalah mengikut takwim PBS dan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PBS sekolah masing-masing. Contohnya : Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PBS Kali ke 2 , SK Alma telah menetapkan kemasukan prestasi ke dalam SPPBS adalah pada bulan Jun dan Oktober.
Pentaksiran Sekolah mempunyai ciri-ciri berikut:
·                Holistik iaitu mampu memberi maklumat keseluruhan tentang pencapaian pengetahuan dan kemahiran serta pengamalan nilai murni.
·                Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan PdP
·                Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan murid.
·                Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standard kurikulum
 
Ciri-ciri evidens yang dikumpul:
1.        Sah - Evidens yang dikemukakan hendaklah relevan dan menggambarkan  penguasaan  /pencapaian standard yang telah ditetapkan
2.        Autentik - Murid dapat membuktikan evidens yang dikutip adalah hasil kerjanya sendiri
3.        Kecukupan - Adakah evidens yang dikumpul mencukupi untuk menunjukkan  kemampuan  murid
4.        Semasa - Evidens dapat membuktikan murid dapat membuat mengikut standard semasa
5.        Tekal - Evidens yang dikumpul dapat membuktikan ketekalan perlakuan dan membuktikan keputusan yang sama diberi oleh pentaksir yang berlainan
 
Pengurusan evidens murid dilaksanakan oleh guru dengan kaedah seperti berikut:
1.    1 Murid= 1 Fail Perkembangan Murid.   1 Tahun = 1 Fail Showcase
2.    Pemilihan dan pembinaan  instrumen (soalan) adalah fleksible. Guru harus kreatif dalam memilih tugasan dan boleh menggunakan pelbagai jenis instrumen pentaksiran untuk menguji penguasaan/pencapaian murid bagi sesuatu domain. Instrumen pentaksiran yang baik adalah yang dibina sendiri oleh guru berdasarkan pengalaman pembelajaran murid secara menyeluruh dan memenuhi kehendak evidens.
3.    Antara contoh evidens murid ialah buku latihan, lembaran kerja, tulisan, bahan cetakan, persembahan, foto, grafik, artifak, laporan dan sebagainya.  
4.    Evidens yang dibuat hendaklah diserahkan kepada murid setelah direkodkan dalam aplikasi SPPBS. Guru hendaklah memberi maklum balas kepada murid agar murid boleh membuat penambahbaikan dan pengayaan pembelajaran
5.    Evidens yang terbaik dan terpilih boleh dijadikan bahan showcase.
6.    Sekiranya seseorang murid dapat menyelesaikan instrumen yang diberikan berdasarkan evidens yang ingin diuji guru, maka murid berkenaan dianggap sudah menguasai evidens berkenaan. Evidens yang sudah dikuasai boleh ditandakan di dalam pentaksiran manual serta tarikh sebelum dipindahkan ke dalam SPPBS.
 
7.    Murid yang tidak boleh menyelesaikan instrumen yang diberikan guru (gagal menguasai pada tahap tertentu berdasarkan pengetahuan dan kebolehan guru berkenaan terhadap murid yang diajarnya) beliau dianggap tidak menguasai evidens berkenaan. Murid berkenaan perlu dibimbing sehinggalah beliau dapat menguasai  evidens yang gagal dikuasainya samada melalui instrumen sedia ada atau instrumen yang lain.
4 OKTOBER 2012 ( KHAMIS )
 
 
MASA
 
PERKARA
 
8.00 – 9.00 pagi
 
5.       PANDUAN PENGGUNAAN BUKU TEKS PENDIDIKAN ISLAM DALAM PdP - US MD HAMIDI – JU PENDIDIKAN ISLAM
Para peserta  didedahkan tentang  :
§  Matlamat, kandungan, organisasi unit-unit dalam buku teks, pendekatan modular, konsep – penguasaan sesuatu standard pembelajaran, dan penilaian – pengayaan, pengukuhan dan pemulihan.
§  Nota-nota guru di bahagian bawah helaian dan  ciri-ciri buku teks Pendidikan. Islam tahun 3.
§  Penggunaan buku teks perlulah secara optimum untuk memastikan matlamat menghasilkan modal insan berkualiti  tercapai.
 
9.00 – 10.00 pagi
 
6.       AMALAN PdP PENDIDIKAN ISLAM - US MOHD AZHARI – JU PENDIDIKAN ISLAM
§  Konsep pembelajaran dan pengajaran  berkesan dalam pedagogi sekolah rendah
§  Cara-cara mengaplikasi elemen-elemen pembelajaran dan pengajaran berkesan di sekolah rendah, dan
§  Mengesan dan menilai prestasi pembelajaran murid dan mengambil tindakan susulan yang sesuai.
 
7.       PEMBENTUKAN SAHSIAH MURID MELALUI PENDIDIKAN ISLAM - US MOHD AZHARI – JU PENDIDIKAN ISLAM
§  Disumbangkan  oleh faktor Kurikulum, Pendidik dan Persekitaran.
§  Kurikulum – objektif, kandungan, penilaian  dan kaedah penyampaian.
§  Ciri-ciri pendidik – Quwwah dan Amanah akan menghasilkan pendidik yang bersifat Murabbi.
§  Persekitaran yang baik.
 
10.30 – 12.30  t/hari
 
8.       BENGKEL RPH DAN RPT – UST HAFIZAH – JU PEND ISLAM
§  Pembahagian    kumpulan   dan    setiap    kumpulan   mendapat tugasan masing   -   masing           ( membuat RPH dan   perbentangan  )
 
 
2.00 – 4.00 ptg
 
9.       DOKUMEN STANDARD PRESTASI DAN REKOD TRANSIT – UST NOR ‘ASHIKIN – JU PEND ISLAM
·         Dokumen Standard Prestasi merupakan panduan untuk penambahbaikan pntaksiran sekolah.
·         Semua guru disarankan agar membaca DSK (muka surat 1-8) dan DSP (muka surat 3-8) sehingga faham.
·         Guru juga disarankan agar membuat pemetaan band dan pemetaan deskriptor dan eviden.
·         Bagaimana membuat pentaksiran dalam Pendidikan Islam KSSR?
·         (Didik anakmu mengikut zamannya)
·         Contoh dalam bidang jawi, murid diajar menulis menggunakan instrumen yang ada garis. Buku kotak tidak sah. Lebih baik gunakan fullscap paper ditulis tangan dan fotostate. Ia merupakan instrumen yang sah.
·         Contoh bidang Akidah. Allah bersifat Wujud/ untuk membuktikan kewujudan Allah (tahun 2). Instrumen yang boleh digunakan oleh guru ialah tayangan video 3 minit mengenai ciptaan-ciptaan Allah dan bersoal jawab dengan murid serta rekod transit.
·         Contoh bidang Ibadah. Berwuduk (tahun 1) Instrumen yang boleh digunakan ialah senarai semak, rekod PAFA dan senarai semak waris (untuk amalan berterusan)
 
Ø  Rekod  transit pula merupakan rekod yang digunakan oleh guru untuk mengisi pencapaian evidens murid secara manual sebelum dipindahkan ke dalam SPPBS.
Ø  Rekod transit ini mudah, ringkas  dan digunakan bersama-sama Dokumen Standard Prestasi.
Ø  Kod yang digunakan dalam Rekod Transit  adalah sama dengan SPPBS.
Ø  Membantu guru merekod dan melaporkan pencapaian evidens murid.
Ø  Membantu guru meningkatkan pencapaian murid yang belum mencapai hasrat kurikulum.
 
  
5 OKTOBER 2012 ( JUMAAT )
 
 
MASA
 
PERKARA
8.00 –10.00 PAGI
10. PEMBENTANGAN RPH DAN RPT – UST HAFIZAH – JU PEND ISLAM
§  Pembentangan RPH yang telah dibengkelkan.
§  Beliau juga memberikan beberapa formula terkini dalam bidang tulisan jawi.
 
 10.30 – 12.00 t/hari
11. BENGKEL 2 – BINA KERANGKA INSTRUMEN PENTAKSIRAN ( BAND 1–3 ) – US MOHD HAFIZAL – JU PEND ISLAM
·         Setiap kumpulan berbincang dalam menyiapkan tugasan masing-masing.
·         Ustaz mohd Hafizal mengingatkan kepada semua peserta kursus agar membina instrumen berpandukan Standard Pembelajaran.
·         Contoh: Menyatakan……. Instrumennya adalah senarai semak
·         Contoh: Menulis perkataan ….. instrumennya adalah lembaran kerja
·         Instrumen pentaksiran yang dibina hendaklah menilai apa yang diajar
·         Contoh: Membaca…… tidak sesuai disediakan lembaran kerja bertulis untuk menilai kebolehan murid membaca. Instrumen yang paling tepat ialah senarai semak bacaan murid. Latihan bertulis boleh dijadikan sebagai latihan pengayaan sahaja. Adalah tidak tepat menilai apa yang tidak diajar kerana dalam hukum pentaksiran, guru hendaklah mentaksir apa yang telah diajar.
·         Pentaksiran juga boleh dibuat secara berkumpulan melaluiaktiviti berkumpulan.
2.45 – 4.30 PTG
12. BENGKEL 2 – BINA KERANGKA INSTRUMEN PENTAKSIRAN ( BAND 1–3 )  - US MOHD AZHARI – JU PEND ISLAM
·         Setiap kumpulan menyambung perbincangan dalam menyiapkan tugasan masing-masing.
 
 
6 OKTOBER 2012 ( SABTU )
 
MASA
 
PERKARA
 
8.00 -11.00 PAGI
13. PEMBENTANGAN PEBINAAN KERANGKA INSTRUMEN PENTAKSIRAN
( BAND 1-3 ) – US MOHD HAFIZAL – JU PEND ISLAM
·         Pembentangan hasil perbincangan dalam bengkel pembinaan rangka instrumen pentaksiran.
 
14. PEMBENTANGAN PEBINAAN KERANGKA INSTRUMEN PENTAKSIRAN
 ( BAND 4-6 ) – US MOHD AZHARI – JU PEND ISLAM
·         Pembentangan hasil perbincangan dalam bengkel pembinaan rangka instrumen pentaksiran.
 
11.30 – 12.30 t/hari
PERASMIAN PENUTUP / KURSUS TAMAT.


 
 
TINDAKAN
CATATAN
 
1.       Maklumkan kepada PK Pentadbiran untuk  adakan sesi LDP bagi penyebaran kursus peringkat sekolah (  6 jam. ) sebolehnya sebelum 30 Oktober 2012.
 
 
PK Pentadbiran, Peserta kursus.
 
2.       Siapkan laporan kursus dalaman ( Rujuk Lampiran E ) untuk dihantar ke SPI JPNPP – up Us Mohd Rozee B Abd Razak , UPPI, JPNPP.
 
 
Peserta kursus /  format borang disediakan (Lampiran E)
 
 
3.       Akur dengan hasil  dapatan kursus;
§  Faham konsep KSSR secara Umum;
§  Penghasilan RPT mengikut takwim sekolah;
§  Penulisan RPH yang diseragamkan;
§  Faham konsep dan penggunaan DSK dan EMK;
§  Konsep PdP KSSR;
§  Penggunaan buku teks Pendidikan Islam Tahun 3;
§  Pembinaan pemetaan dan kerangka instrumen;
§  Pentaksiran PBS; dan
§  Penggunaan Dokumen Standard Prestasi dan Rekod Transit 
 
Peserta kursus .

 DISEDIAKAN OLEH :

( RUSLINA BINTI SAAD )
Guru Disiplin Ilmu
Pendidikan Islam Tahun 3

 

No comments:

Post a Comment